Perindustrian
Masyarakat Melayu moden lebih menumpukan kegiatan perindustrian kerana sektor tersebut lebih menjamin keuntungan. Perindustrian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
a)Industri pemprosesan
- Melibatkan pemprosesan hasil-hasil perlombongan, perikanan, pertanian, dan pembalakan.
- Industri ini berkembang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah
- Masyarakat melayu memproses barangan tersebut
untuk meningkatkan kualiti sebelum
mengeksport barangan tersebut.
- Contoh :
- Masyarakat melayu membuat perabot, papan
bergaji, papan lapis daripada kayu balak
manakala kelapa sawit diproses untuk menghasilkan minyak, sabun dan marjerin.
- Selain itu, mereka menjadikan nanas sebagai jus nanas dan ditinkan.
- Masyarakat melayu memproses getah untuk menjadi getah skrap atau getah kepingan

Tin Nanas

Marjerin

Getah Skrap

Getah kepingan
b) Perindustrian Berat
- Masyarakat melayu menghasilkan jentera-jentera
dan alat-alat moden yang canggih dan
berkemahiran tinggi.
- Perindustrian tersebut memerlukan modal yang
besar dan dikendalikan oleh HICOM
(Perbadanan Industri Berat Malaysia)
- Sebagai contohnya:
- Masyarakat Melayu membuat kereta proton saga
(Shah Alam), membaiki kapal (Limbungan
Pasir Gudang), membina Loji gas cecair (Bintulu Sarawak), menapis petroleum (Kerteh,
Lutong & Port Dickson) serta membuat besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung).

Kereta Proton Saga SV

Pembuatan besi dan keluli dalam kilang kereta

Membina kapal
Loji Minyak dan Gas
c) Industri ringan
- Industri ini berperanan untuk mengeluarkan
barangan bagi memenuhi keperluan penduduk
tempatan dan tujuan eksport (barangan pengguna).
- Industri ini kebanyakannya terdapat di
pusat-pusat bandar yang mempunyai kemudahan
yang lengkap dan pasaran yang luas.
- Antara jenis perindustrian yang terpenting ialah
pembuatan pakaian, kasut, tayar, alat tulis,
barangan plastik dan lain-lain.
- Selain daripada itu, pembuatan tayar celup,
bengkel membaiki kereta dan komponen
mesin merupakah salah satu komponen dalam industri
kejuruteraan ringan dan merupakan
industri yang terpenting dan terbesar di Malaysia.

Membuat Botol Plastik

Membaiki Kereta

Pembuatan pakaian
d) Industri desa
- Industri ini dijalankan di kawasan luar bandar secara kecil-kecilan.
- Merupakan jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
- Industri ini biasanya dijalankan di kedai atau rumah oleh pekerja yang diupah atau
ahli keluarga itu sendiri.
- Masyarakat
melayu menjual hasil daripada pembuatan mereka sebagai cenderamata untuk
dibeli oleh pelancong.
- Industri ini terkenal di Kelantan dan Sabah.
- Contohnya, masyarakat melayu membuat
- tikar atau bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh
- mengecap batik.
- membuat keropok udang.
- menghasilkan barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Keropok Udang

Ukiran Kayu

Bakul Mengkuang

Barangan Tembaga

Barangan Perak

Proses Mengecap Batik
Perdagangan


Urusniaga eksport dan import barangan nampak ialah urusniaga yang melibatkan barang nyata sahaja. Contoh eksport barang nampak ialah barang nyata yang dikeluarkan didalam negara dan dijual ke negara luar seperti barangan elektronik dan tekstil.


Eksport dan import barangan tidak nampak ialah yang melibatkan barangan tidak nyata iaitu perkhidmatan.Eksport barang tidak nampak ialah perkhidmatan dan kepakaran rakyat tempatan yang digunakan oleh negara luar.
