TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
10 Dec, 2014,
No comments
Kami sekumpulan telah bertemu dan berbual dengan Puan Shahariah yang merupakan seorang pensyarah di UiTM Puncak Alam.
Nazihah: Apakah perbezaan ekonomi masyarakat melayu yang wujud di antara masyarakat Melayu moden dan Melayu tradisional?
Pn. Shahariah:
- Sistem ekonomi masyarakat melayu di Tanah Melayu bersifat sara diri.
- Ekonomi sara diri bermaksud melakukan kegiatan ekonomi yang pelbagai secara kecil- kecilan yang tidak dijalankan secara komersil dan bertujuan untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan, orang melayu akan menjual atau melakukan aktiviti pertukaran melalui sistem barter untuk mendapatkan barang-barang keperluan lain.
- Antara kegiatan utama ekonomi sara diri ialah pertanian, kegiatan perikanan, penternakan, berburu, pertukangan dan mengutip hasil hutan.
- Selain daripada itu, ekonomi ini juga tidak memerlukan interaksi di antara satu sama lain kerana masyarakat Melayu hanya fokus pada pertanian.
- Manakala masyarakat moden menjalankan kegiatan perindustrian yang melibatkan negara luar.Antara sektor yang dijalankan ialah perkhidmatan, perbankan. perancang perkahwinan, pelancongan. perhotelan dan penyajian makanan.
Najihah: Mengapakah berlaku perubahan ekonomi?
Pn Shahariah:
- Perubahan ekonomi terjadi disebabkan oleh polisi kerajaan sesebuah negara tersebut.Polisi kerajaan yang menggesa rakyat untuk menfokuskan kepada kegiatan perindustrian akan mendorong rakyat supaya bergiat aktif dalam perindustrian dan secara tidak langsung hasil pengeluaran negara akan meningkat.
- Selain itu, bencana alam turut menyumbang kepada berlakunya perubahan ekonomi.Sebagai contoh, bencana tsunami yang berlaku kepada Jepun telah menggesa kerajaan untuk mengubah corak ekonomi negara tersebut untuk menjamin kelangsungan dan kestabilan ekonomi mereka.
Najihah : Apakah cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan pembangunan ekonomi?
Pn. Shahariah :
- Antara cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu ialah persaingan dalam negara. Dalam arus globalisasi, kerajaan Malaysia telah menjalankan ekonomi terbuka yang menggalakkan pelaburan dari negara luar.
- Kerajaan Malaysia menjadi lebih terbuka kerana kerajaan memerlukan tenaga buruh dari luar untuk membina kilang, bangunan-bangunan dan sebagainya.
- Selain daripada itu, masalah dari segi keseimbangan di antara pembangunan dan pendapatan masyarakat melayu.
Nazihah : Apakah kelemahan masyarakat Melayu dalam perkembangan ekonomi sekarang?
Pn. Shahariah :
- masyarakat Melayu tak senang rasa tercabar dan kurang sifat persaingan kerana sangat bergantung pada kerajaan memandangkan kerajaan akan cuba untuk membantu ekonomi orang melayu.
- Masyarakat melayu harus rasa tercabar dulu untuk meningkatkan kesedaran dalam diri.
- Dengan kesedaran, mereka akan melakukan apa sahaja yang untuk menghasilkan teknologi terkini untuk membaiki kualiti serta berdaya saing dengan negara luar.
- Selain itu, masyarakat melayu kurang rasa sikap ingin tahu rahsia bumi, angkasa. Mereka hanya ingin cepat senang.
- Sesetengah masyarakat melayu mempunyai niat yang tidak betul ketika melibatkan diri dalam ekonomi.
Nazihah : Apakah kelebihan pembangunan masyarakat Melayu ?
- Taraf kehidupan masyarakat melayu meningkat.
- Kemiskinan orang Melayu berkurang
- Minda dan pemikiran lebih terbuka