Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

Kepercayaan Masyarakat Melayu Sebelum Kedatangan Islam

December 4, 2014 at 11:43 pm, No comments

Anutan tertua masyarakat Melayu ialah Animisme.

 Animisme ialah kepercayaan kepada makhluk‐makhluk, objek-objek ataupun roh. Kepercayaan ini berkait rapat dengan suasana kehidupan masyarakat yang bergantung kepada alam sekitar, muka bumi dan sebagainya untuk menggerakkan aktiviti pertanian yang menjadi sumber ekonomi mereka. Hal ini telah melahirkan satu bentuk hubungan yang erat antara manusia dan persekitarannya. Keakraban ini mewujudkan satu bentuk kepercayaan bahawa setiap yang ada di sekeliling mereka juga ‘hidup’ dan mempunyai ‘roh’, ‘semangat’ dan keperibadian tersendiri.

Di Nusantara kepercayaan animisme ini juga wujud dalam bentuk kepercayaan kepada ‘penunggu’ atau ‘puaka’ yang menghuni sesuatu tempat. Mereka turut meyakini makhluk‐makhluk ini boleh mendatangkan kesan baik ataupun kesan buruk kepada mereka. 

Kepercayaan kepada animisme juga telah membawa kepada amalan beragama iaitu pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu yang dipercayai mempunya kuasa untuk mendatangkan kesan‐kesan tertentu kepada si pemuja. Contohnya, masih ramai orang‐orang Melayu memuja kampung mereka supaya kampung mereka berada dalam keadaan selamat dan sejahtera tanpa diganggu oleh jin, jembalang afrit, hantu raya, dan sebagainya. Mereka juga percaya jika tidak dilakukan tiap‐tiap tahun atau tiga tahun sekali, akan membawa malapetaka atau orang‐orang kampung akan digodai oleh jin iblis, dan sebagainya.

Selain itu, orang Melayu juga mempercayai bahawa padi ada mempunyai semangat, tetapi semangat padi itu adalah wanita. Oleh sebab itu, mereka menyediakan alat‐alat solek seperti sikat rambut, minyak rambut, bedak dan cermin muka di rumah-rumah padi.
Mereka menyediakan semua itu agar semangat yang dipanggil sebagai Sri Danggolami itu sukacita. Hal ini untuk menjaga semangat padi supaya tidak melarikan dirinya, mereka mengadakan bermacam‐macam pantang larang, antaranya ialah :

  •  Mengambil padi dari jelapang padi mestilah seorang wanita kerana dia bersifat lemah‐lembut. 
Kalau tidak dijaga pantang larangnya, maka semangat padi akan kurang dan seterusnya hasil padi akan merosot.

  

No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Kamipunyablog editors



Blh la kunjungi ke padlet kami:

http://padlet.com/jihahaz/kamipunyapadlet- ada video =)

Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more