SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertakhluk di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar. Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing.
Contohnya, gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka merupakan pemimpin negeri yang paling penting. Mereka berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa. Sebagai contoh, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk golongan ini. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri. Mereka adalah lambang perpaduan rakyat. Oleh sebab konsep daulat dan derhaka, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan. Rakyat tidak berani menderhaka dan sangat setia kerana takut akan terkena tulah.
Unit politik yang kedua ialah daerah.
Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu. Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.
Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.
Unit politik yang paling kecil ialah kampung.
Sesebuah kampung juga merupakan satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan. Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah. Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua kampong dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah.
Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampung. Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.