Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

Perikanan

December 7, 2014 at 3:03 am, No comments
Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat melayu tradisional yang tinggal atau duduk menetap di tepi laut, tasik, atau sungai. Kegiatan perikanan di Pantai Timur biasanya dijalankan di antara bulan Mac dan Oktober manakala pada musim Tengkujuh, aktiviti menangkap ikan tertumpu di tasik dan sawah padi. Kegiatan ini merupakan salah satu sumber untuk memenuhi keperluan harian mereka. Mereka menjalankan aktiviti ekonomi tersebut disebabkan mendapat permintaan yang tinggi oleh masyarakat di sekeliling. Jika terdapat lebihan tangkapan, masyarakat melayu akan menghasilkan makanan seperti belacan, cencaluk, budu, keropok dan ikan kering.

Di samping itu, orang melayu pada zaman dahulu mengisi masa lapang dengan membuat pelbagai peralatan untuk tangkapan dan persediaan untuk keluar menangkap ikan. Antara peralatan tradisional yang dihasilkan dan digunakan ialah tangguk, bubu, serkap dan tanggul untuk menangkap ikan.


  



No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Extra info


Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more