Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

Pertanian

December 7, 2014 at 3:59 am, No comments

Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Mereka menanam pelbagai jenis tanaman. Antaranya ialah penanaman padi yang merupakan kegiatan pertanian sara diri. Terdapat dua jenis padi utama yang ditanam. Pertama ialah padi sawah yang ditanam di kawasan tanah rendah yang rata atau lembah sungai disebabkan struktur tanahnya yang subur dan mudah untuk mendapatkan sumber air. Sebagai contoh, lembah sungai yang sering menjadi tumpuan orang melayu ialah Lembah Sungai Kelantan dan Lembah Sungai Muda. Manakala padi huma pula ditanam dikawasan lereng bukit atau tanah tinggi kerana tanaman tersebut tidak memerlukan kuantiti air yang banyak. Antara kawasan utama penanaman padi ialah Kedah, Seberang Prai, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Orang Melayu juga menggunakan beberapa kaedah untuk meningkatkan hasil tanaman. Antaranya ialah mereka menggunakan baja daripada tahi binatang dan menggunakan tenaga binatang seperti lembu dan kerbau untuk menjalankan kegiatan membajak. Mereka juga membina sistem pengairan untuk mengairi kawasan tanaman padi. Terusan Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai Raja Gali di Kelantan adalah antara sistem pengairan yang dibina. Di Negeri Sembilan, masyarakat melayu disana membina kincir air untuk mengairi kawasan tanaman padi.



No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Extra info


Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more