Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi

11 Dec, 2014, No comments

SISTEM PEMERINTAHAN
Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan
NEGARA PERSEKUTUAN
Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama
Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara
Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum
Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli Parlimen/ bukan
RAJA BERPERLEMBAGAAN(YDPA)
Ketua negara persekutuan
Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas
Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA
Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu
Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda
Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya
Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan
Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera
Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam
Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah

SISTEM DEMOKRASI

11 Dec, 2014, No comments
Sistem politik Melayu kini ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. 


Fungsi Pembesar 4 Lipatan...

10 Dec, 2014, 2 comments

Sultan dibantu oleh empat orang pembesar yang terdiri daripada bendahara , penghulu bendahari , temenggung dan laksamana..

Fungsi setiap pembesar adalah..

Bendahara..

  • penasihat sultan dalam pentadbiran
  • menteri utama
  • ketua hakim
  • pemangku sultan ketika sultan gering


Penghulu bendahari..

  • pengutip hasil dan ufti
  • ketua urus setia istana


Temenggung..

  • ketua protokol istana
  • ketua polis dan penjara
  • hakim darat


Laksamana..

  • pengawal peribadi sultan
  • ketua angkatan laut.


Cara Pentadbiran

10 Dec, 2014, No comments
  • Institusi raja/sultan merupakan institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan tidak akan lengkap tanpa sultan.
  • semasa zaman Kesultanan Melayu , sebgai contoh di negeri Melaka, mereka telah menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan sebagai cara pentadbiran yang sistematik.


  • Dalam sistem ini, sultan adalah pemerintah yang tertinggi dan mempunyai kuasa yang mutlak.
  • Selain itu, sultan mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai contoh sultan mempunyai daulat dan ini dapat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain.

SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl

8 Dec, 2014, No comments
Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik
yang paling besar ialah negeri. 

Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahnya sendiri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertakhluk di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar. Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing.

 Contohnya, gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan. Mereka merupakan pemimpin negeri yang paling penting. Mereka berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa. Sebagai contoh, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk golongan ini. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri. Mereka adalah lambang perpaduan rakyat. Oleh sebab konsep daulat dan derhaka, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan. Rakyat tidak berani menderhaka dan sangat setia kerana takut akan terkena tulah. 

Unit politik yang kedua ialah daerah. 

Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu. Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.

Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

Unit politik yang paling kecil ialah kampung. 

Sesebuah kampung juga merupakan satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan. Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah. Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi. Ketua kampong dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah.

Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampung. Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.

POLITIK???

7 Dec, 2014, No comments
Politik sering didefinisikan sebagai penggunaan kekuasaan , suatu proses pembuatan keputusan secara kolektif, suatu alokasi sumberdaya yang langka (the allocation of scarce resources), atau sebagai arena pertarungan kepentingan yang penuh muslihat (Heywood, 2004:52).

Lima unsur dalam definisi tentang politik:

1. Kegiatan manusia
2. Berhubungan dengan orang lain 
3. Muncul kerana perbezaan (pendapat, keinginan, keperluan, kepentingan)
4. Wujudnya konflik (ungkapan pendapat yang berbeza, persaingan berbagai tujuan)
5. Keputusan (sebuah keputusan kolektif yang mengikat sekelompok orang).

sistem-sistem politik:

  • sistem komunis
  • sistem republik
  • sistem pemerintahan beraja
  • sistem demokrasi berparlimen

PENGENALAN

7 Dec, 2014, No comments
POLITIK DAN PENTADBIRAN TAMADUN MELAYU..
  • Berdasarkan pencarian dan pembacaan kami mengenai tamadun melayu terutamanya dalam bidang politik dan pentadbiran, kami mendapati era kegemilangan masyarakat atau tamadun melayu bermula di Melaka  iaitu semasa negeri tersebut menggunakan sistem kesultanan Melayu Melaka  yang diperkenalkan oleh Parameswara.. 
  • Pada awalnya, Melaka bukanlah kerajaan Islam tetapi hal ini berubah setelah Parasmewara berkahwin dengan puteri dari Pasai.
  • kemudian,agama islam telah menjadi agama rasmi dalam kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Extra info


Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more