Menternak binatang
Masyarakat melayu juga menjalankan aktiviti sampingan iaitu menternak binatang. Mereka menternak ayam dan itik yang merupakan salah satu binatang ternakan utama. Orang melayu menjadikan ternakan sebagai sumber makanan dan mereka menggunakan bahan buangan ternakan tersebut sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.
Masyarakat melayu menternak lembu dan kerbau untuk kerja-kerja pembajakan tanah. Mereka menjalankan penternakan di kawasan petempatan penduduk.
Perlombongan
Bijih Timah
- Industri bijih timah merupakan industri tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Pada mulanya perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu.Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar.
- Mereka mengunakan cara menampan dan mendulang dan menghasilkan pengeluaran yang terhad.
- Pada tahun 1840-an,perusahaan ini bermula bertukar corak dengan adanya campur tangan daripada pihak British.
- British telah menggunakan kapal korek dan ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah.
- Menurut J Kennedy,perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka.
- Semenjak dahulu,emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semananjung Kenchana.
- Dipercayai bahawa kawasan Kuala Lipis di Pahang merupakan tempat perlombongan emas semenjak abad ke-16 lagi.
Arang Batu
- Dijalankan di Batu Arang,Selangor dan Enggor,Perak
- Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat Malayan Collieries semenjak tahun 1915.
- Arang batu yang telah diperolehi akan dijual dalam pasaran tempatan kepada Keretapi Tanah Melayu.
Pembuatan kraf tangan
Orang Melayu menggunakan sumber semula jadi yang ada di
sekeliling mereka untuk menghasilkan barangan mengikut keperluan masing-masing.
Mereka menggunakan daun nipah, daun pandan dan daun mengkuang untuk membuat
tikar, bakul dan tudung saji. Mereka juga melakukan kegiatan menenun songket
dan membuat senjata seperti keris.
Mengutip hasil hutan
Masyarakat di Tanah Melayu memungut hasil hutan untuk memenuhi
keperluan mereka. Antaranya ialah akar kayu digunakan untuk ubat-ubatan, buah
hutan digunakan untuk memburu binatang atau dijadikan makanan manakala rotan,kayu.buluh
adalah untuk kegunaan harian. Hasil hutan yang lain ialah rempah-ratus,
kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan,
getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan
hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli. Lebihan yang
dipungut akan ditukar dengan barang keperluan lain seperti beras,garam dan
kain. Perrkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan
hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.
Pertanian
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Mereka menanam pelbagai jenis tanaman. Antaranya ialah penanaman padi yang merupakan kegiatan pertanian sara diri. Terdapat dua jenis padi utama yang ditanam. Pertama ialah padi sawah yang ditanam di kawasan tanah rendah yang rata atau lembah sungai disebabkan struktur tanahnya yang subur dan mudah untuk mendapatkan sumber air. Sebagai contoh, lembah sungai yang sering menjadi tumpuan orang melayu ialah Lembah Sungai Kelantan dan Lembah Sungai Muda. Manakala padi huma pula ditanam dikawasan lereng bukit atau tanah tinggi kerana tanaman tersebut tidak memerlukan kuantiti air yang banyak. Antara kawasan utama penanaman padi ialah Kedah, Seberang Prai, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Orang Melayu juga menggunakan beberapa kaedah untuk
meningkatkan hasil tanaman. Antaranya ialah mereka menggunakan baja daripada
tahi binatang dan menggunakan tenaga binatang seperti lembu dan kerbau untuk
menjalankan kegiatan membajak. Mereka juga membina sistem pengairan untuk
mengairi kawasan tanaman padi. Terusan Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai
Raja Gali di Kelantan adalah antara sistem pengairan yang dibina. Di Negeri
Sembilan, masyarakat melayu disana membina kincir air untuk mengairi kawasan
tanaman padi.
Perikanan
Di samping itu, orang melayu pada zaman dahulu mengisi masa lapang dengan membuat pelbagai peralatan untuk tangkapan dan persediaan untuk keluar menangkap ikan. Antara peralatan tradisional yang dihasilkan dan digunakan ialah tangguk, bubu, serkap dan tanggul untuk menangkap ikan.