Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU

December 4, 2014 at 9:27 pm, 1 comment

 1) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
  • perkara paling penting dalam agama Islam
  • asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kehidupan manusia
  • cara: mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan 
              Allah

2) Ketaatan kepada sultan

  • masyarakat melayu taat setia kepada sultan/raja sejak zaman awal 
    tamadun melayu
  • merupakan sifat turun temurun
  • merupakan nilai asas dalam tamadun melayu
  • memberi penghormatan kepada pemerintah sebagai khalifah Allah 
    di muka bumi untuk memperkukuhkan nilai ketaatan selagi raja 
    tidak bercanggah dengan syariat.

3) Kepatuhan kepada undang-undang dan adat

  • Masyarakat melayu patuh kepada undang-undang dan istiadat 
    seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat akibat 
    pemahaman terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.

4) Mendahului yang tua

  • Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang lebih berusia 
    kerana orang yang lebih tua mempunyai lebih banyak pengalaman 
    berbanding orang muda.
  • Dalam konteks Islam, Rasulullah tidak mengiktiraf umat yang tidak 
    menghormati orang tua.

5) Saling menghormati di antara satu sama lain

  • Orang melayu saling menghormati
  • Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut 
    menghormati orang melayu
  • Orang Melayu memberi penghormatan terlebih dahulu kepada 
    orang lain.

6) Meraikan tetamu

  • Mengikut ajaran Islam, tetamu seharusnya dilindungi, dimuliakan 
    dan dilayan sebaik mungkin
  • Tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu.

7) Bertimbang rasa

  • Orang Melayu sentiasa cuba memikirkan perasaan dan keadaan 
    orang lain sebelum membuat keputusan
  • Mereka mengambil kira perasaan orang lain dan menimbang 
    perasaan mereka dengan orang lain.

8) Bersopan santun dan berbudi pekerti

  • Masyarakat melayu mengganggap orang beradab sebagai halus 
    dan orang yang tidak beradab sebagai kasar
  • Orang Melayu sangat mementingkan peradaban dengan 
    mengamalkan budi pekerti yang mulia.

9) Bermuafakat

  • Cara masyarakat Melayu mencapai persetujuan ramai.
  • Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka 
    dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.

10) Bergotong royong

  • Melakukan sesuatu pekerjaan secara bergotong-royong.
  • Merupakan nilai-nilai kebudayaan Melayu yang 
    berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.


1 comment - NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU

Safira - June 10, 2023 at 9:51 pm
thanks a bunch!really helpful,keep up the work!!!

Leave a reply







Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Kamipunyablog editors



Blh la kunjungi ke padlet kami:

http://padlet.com/jihahaz/kamipunyapadlet- ada video =)

Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more