Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

TRANSFORMASI aspek-aspek AKIDAH & KEPERCAYAN Melayu

December 7, 2014 at 3:31 pm, No comments

Kedatangan Islam nyata telah melakukan satu perubahan dalam aspek kepercayaan daripada alam tahyul dan khurafat. Masyarakat telah diperkenalkan satu konsep akidah yang jelas iaitu akidah tauhid, ajaran tauhid yang bersifat metafizik ini menyelit unsur‐unsur intelektualisme serta akidah kedalam pemikiran masyarakat. Hal ini telah menyebabkan timbulnya rasionalisma yang tidak pernah wujud sebelumnya. S. M. N al al‐Attas (1972) menyatakan fenomena inilah yang telah mencetuskan satu semangat hebat yang mampu menggerakkan perubahan falsafah hidup masyarakat di nusantara ini.

Masyarakat mula meniggalkan alam mitos dan khayalan menuju alam pemikiran, akal serta peraturan‐peraturan hidup yang jelas. Mereka mula percaya kepada rukun‐rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa.

Sepanjang abad ke13‐16 Masihi, Alam Melayu mengalami proses perubahan yang menghasilkan masyarakat yang putus dari tradisi pra‐Islamnya kepada perubahan jiwa dan minda serta berpegang teguh kepada akidah, syariat, serta niali‐nilai hidup Islam yang murni. Hal ini telah membuka laluan bagi Alam Melayu untuk bangkit menjadi ‘Khairu Ummah’, berusaha menghargai nilai diri serta mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran.

No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Kamipunyablog editors



Blh la kunjungi ke padlet kami:

http://padlet.com/jihahaz/kamipunyapadlet- ada video =)

Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more