Skip to main content
kamipunyablog
  • HOME
  • ABOUT
  • POLITIK DAN PENTADBIRAN
  • EKONOMI TRADISIONAL
  • EKONOMI MODEN
  • GALLERY
  • RUJUKAN
  • TEMUBUAL

10 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA

7 Dec, 2014, No comments

1) TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

  • Orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia

  • Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah

  • Merupakan pengasas Yayasan Al Bukhary

2) SHAHRIL DAN SHAHRIMAN SHAMSUDDIN
  • Kedua-dua adik beradik yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan gas dan petroleum

  • Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kenchana

  • Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia
3) MOKHZANI MAHATHIR

  • Anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Mahathir Mohamad

  • Menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum

  • Orang ke-15 terkaya di Malaysia

4) AZMAN HASHIM

  • Tokoh industri perbankan Melayu yang berjaya di Malaysia

  • Pengerusi AmBank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia

  • Orang ke-17 terkaya di Malaysia

5) KAMARUDIN MERANUN

  • Pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia

  • Rakan kongsi Tony Fernandes

  • Orang ke-20 terkaya di Malaysia

6) AHMAYUDDIN BIN AHMAD

  • Pengasas bersama yang memegang saham sebanyak 17 peratus dalam Westport Malaysia,terminal terbesar di pelabuhan Klang

  • Pengarah Westport Holding Sdn Bhd dan Pengarah Kuala Lumpur Sentral

  • Orang ke-32 terkaya di Malaysia

7) ELEENA AZLAN SHAH

  • Merupakan anak perempuan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah

  • Pengarah syarikat Gramuda yang merupakan syarikat pembinaan terbesar di Malaysia

  • Orang ke-41 terkaya di Malaysia

8) ABDUL HAMID SEPAWI

  • Tokoh dalam industri pembalakan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan hutan

  • Pengerusi Naim Holding Berhad,Sarawak Energy Berhad dan Ta Ann Holdings Berhad

  • Orang ke-43 terkaya di Malaysia

9) NAZIR RAZAK

  • Anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia ke 2, Tun Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak

  • Tokoh perbankan yang mengetuai  bank ke-5 terbesar di ASEAN,CIMB.

  • Pengarah Urusan dan CEO CiMB group.

  • Orang ke-49 terkaya di Malaysia

10) HAMDAN MOHAMAD

  • Tokoh usahawan Melayu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan infrastruktur

  • Pengarah Eksekutif,Presiden dan CEO Ranhill Berhad 

  • Orang ke-50 terkaya di Malaysia

TRANSFORMASI aspek-aspek AKIDAH & KEPERCAYAN Melayu

7 Dec, 2014, No comments

Kedatangan Islam nyata telah melakukan satu perubahan dalam aspek kepercayaan daripada alam tahyul dan khurafat. Masyarakat telah diperkenalkan satu konsep akidah yang jelas iaitu akidah tauhid, ajaran tauhid yang bersifat metafizik ini menyelit unsur‐unsur intelektualisme serta akidah kedalam pemikiran masyarakat. Hal ini telah menyebabkan timbulnya rasionalisma yang tidak pernah wujud sebelumnya. S. M. N al al‐Attas (1972) menyatakan fenomena inilah yang telah mencetuskan satu semangat hebat yang mampu menggerakkan perubahan falsafah hidup masyarakat di nusantara ini.

Masyarakat mula meniggalkan alam mitos dan khayalan menuju alam pemikiran, akal serta peraturan‐peraturan hidup yang jelas. Mereka mula percaya kepada rukun‐rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa.

Sepanjang abad ke13‐16 Masihi, Alam Melayu mengalami proses perubahan yang menghasilkan masyarakat yang putus dari tradisi pra‐Islamnya kepada perubahan jiwa dan minda serta berpegang teguh kepada akidah, syariat, serta niali‐nilai hidup Islam yang murni. Hal ini telah membuka laluan bagi Alam Melayu untuk bangkit menjadi ‘Khairu Ummah’, berusaha menghargai nilai diri serta mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran.

Kepercayaan Masyarakat Melayu Sebelum Kedatangan Islam

4 Dec, 2014, No comments

Anutan tertua masyarakat Melayu ialah Animisme.

 Animisme ialah kepercayaan kepada makhluk‐makhluk, objek-objek ataupun roh. Kepercayaan ini berkait rapat dengan suasana kehidupan masyarakat yang bergantung kepada alam sekitar, muka bumi dan sebagainya untuk menggerakkan aktiviti pertanian yang menjadi sumber ekonomi mereka. Hal ini telah melahirkan satu bentuk hubungan yang erat antara manusia dan persekitarannya. Keakraban ini mewujudkan satu bentuk kepercayaan bahawa setiap yang ada di sekeliling mereka juga ‘hidup’ dan mempunyai ‘roh’, ‘semangat’ dan keperibadian tersendiri.

Di Nusantara kepercayaan animisme ini juga wujud dalam bentuk kepercayaan kepada ‘penunggu’ atau ‘puaka’ yang menghuni sesuatu tempat. Mereka turut meyakini makhluk‐makhluk ini boleh mendatangkan kesan baik ataupun kesan buruk kepada mereka. 

Kepercayaan kepada animisme juga telah membawa kepada amalan beragama iaitu pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu yang dipercayai mempunya kuasa untuk mendatangkan kesan‐kesan tertentu kepada si pemuja. Contohnya, masih ramai orang‐orang Melayu memuja kampung mereka supaya kampung mereka berada dalam keadaan selamat dan sejahtera tanpa diganggu oleh jin, jembalang afrit, hantu raya, dan sebagainya. Mereka juga percaya jika tidak dilakukan tiap‐tiap tahun atau tiga tahun sekali, akan membawa malapetaka atau orang‐orang kampung akan digodai oleh jin iblis, dan sebagainya.

Selain itu, orang Melayu juga mempercayai bahawa padi ada mempunyai semangat, tetapi semangat padi itu adalah wanita. Oleh sebab itu, mereka menyediakan alat‐alat solek seperti sikat rambut, minyak rambut, bedak dan cermin muka di rumah-rumah padi.
Mereka menyediakan semua itu agar semangat yang dipanggil sebagai Sri Danggolami itu sukacita. Hal ini untuk menjaga semangat padi supaya tidak melarikan dirinya, mereka mengadakan bermacam‐macam pantang larang, antaranya ialah :

  •  Mengambil padi dari jelapang padi mestilah seorang wanita kerana dia bersifat lemah‐lembut. 
Kalau tidak dijaga pantang larangnya, maka semangat padi akan kurang dan seterusnya hasil padi akan merosot.

  

NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU

4 Dec, 2014, 1 comment

 1) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
  • perkara paling penting dalam agama Islam
  • asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kehidupan manusia
  • cara: mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan 
              Allah

2) Ketaatan kepada sultan

  • masyarakat melayu taat setia kepada sultan/raja sejak zaman awal 
    tamadun melayu
  • merupakan sifat turun temurun
  • merupakan nilai asas dalam tamadun melayu
  • memberi penghormatan kepada pemerintah sebagai khalifah Allah 
    di muka bumi untuk memperkukuhkan nilai ketaatan selagi raja 
    tidak bercanggah dengan syariat.

3) Kepatuhan kepada undang-undang dan adat

  • Masyarakat melayu patuh kepada undang-undang dan istiadat 
    seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat akibat 
    pemahaman terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.

4) Mendahului yang tua

  • Tamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang lebih berusia 
    kerana orang yang lebih tua mempunyai lebih banyak pengalaman 
    berbanding orang muda.
  • Dalam konteks Islam, Rasulullah tidak mengiktiraf umat yang tidak 
    menghormati orang tua.

5) Saling menghormati di antara satu sama lain

  • Orang melayu saling menghormati
  • Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut 
    menghormati orang melayu
  • Orang Melayu memberi penghormatan terlebih dahulu kepada 
    orang lain.

6) Meraikan tetamu

  • Mengikut ajaran Islam, tetamu seharusnya dilindungi, dimuliakan 
    dan dilayan sebaik mungkin
  • Tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu.

7) Bertimbang rasa

  • Orang Melayu sentiasa cuba memikirkan perasaan dan keadaan 
    orang lain sebelum membuat keputusan
  • Mereka mengambil kira perasaan orang lain dan menimbang 
    perasaan mereka dengan orang lain.

8) Bersopan santun dan berbudi pekerti

  • Masyarakat melayu mengganggap orang beradab sebagai halus 
    dan orang yang tidak beradab sebagai kasar
  • Orang Melayu sangat mementingkan peradaban dengan 
    mengamalkan budi pekerti yang mulia.

9) Bermuafakat

  • Cara masyarakat Melayu mencapai persetujuan ramai.
  • Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka 
    dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.

10) Bergotong royong

  • Melakukan sesuatu pekerjaan secara bergotong-royong.
  • Merupakan nilai-nilai kebudayaan Melayu yang 
    berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.


SEJARAH MELAYU...

22 Nov, 2014, No comments
  • Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s. Menurut Ibnu
Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau, Bangsa Melayu, menurut beliau,
ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. 
  •  Anak-anak dari keturunan Qatura ini,telah diperintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.
  • Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang  bermakna Gunung Melayu dalam bahasa sanskrit.
  • Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. 

Read more »

DEFINISI MELAYU...

22 Nov, 2014, No comments

Definisi Melayu adalah sebagai penduduk peribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti Minangkabau, Acheh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang Melayu selain daripada Melayu Anak Jati yang berasal daripada Tanah Melayu itu sendiri. Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Perbincangan untuk melakukan aktiviti di luar

4 Nov, 2014, No comments
Semua ahli kumpulan memerah otak untuk memilih lokasi yang sesuai bagi menjalankan aktiviti di luar. Aktiviti yang bakal kami lakukan adalah menemu ramah orang melayu :).

Pelan Gerak Kerja

28 Oct, 2014, No comments
assalammualaikum semua...:) Lahirnya sebuah blog yang bakal mengupas serba sedikit mengenai politik dan ekonomi masyrakat majoriti di Malaysia....

Read more »

Recent Posts

  • Perindustrian
    11 Dec, 2014
  • SiStEm PeMerinTahaN MaLaYsIa KiNi
    11 Dec, 2014
  • SISTEM DEMOKRASI
    11 Dec, 2014
  • Fungsi Pembesar 4 Lipatan...
    10 Dec, 2014
  • TEMUBUAL BERSAMA PUAN SHAHARIAH
    10 Dec, 2014
  • Cara Pentadbiran
    10 Dec, 2014
  • SiStEm PoLiTiK mAsYaRaKaT mElAyU tRaDiSiOnAl
    8 Dec, 2014

Kamipunyablog editors



Blh la kunjungi ke padlet kami:

http://padlet.com/jihahaz/kamipunyapadlet- ada video =)

Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more